berlalu sepantas jari memetik,
melalui dugaan yang dijamu dunia,
demi menyara anak-anaknya,
letih adalah musuhnya,
sabar adalah kawannya.
Sejak musibah yang melanda,
aku risau dengan ibunda,
yang tidak lalu makan tidak lalu minum,
muka manis disaluti perasaan muram,
senyuman di luar tangisan di dalam,
cahaya yang menyinari dilindung dengan awan hitam.
Adakah dugaan ini hanya menumpang,
atau ingin tinggal selamanya,
senyumannya sudah pudar,
keceriaannya sudah hilang,
sampai bila dia nak sedar,
yang kami di sini sudah pulang,
untuk memberi sinaran di wajahnya.
Walaupun nukilan ini tidak seindah sutera,
namun cukuplah untuk merawat hati yang parah,
mengenangkan nasib ibu,
yang muram kerana perangai KAMU.
No comments:
Post a Comment