gunakan sebaik mungkin,
hargai setiap detik dan saat,
seolah-olah esok akan kiamat.
CERITA PERTAMA
Ayah aku meninggal masa aku darjah 5 dan aku memang tak banyak luangkan masa bersama dia sebab masa tu dia sibuk bekerja mencari rezeki..abang aku banyak meluangkan masa bersama ayah aku..dan abang aku sorang ni juga pernah ikot abang aku pergi ke india untuk pemeriksaan jantung, banyak bersembang dan dapat dorongan dari ayah aku dalam pelajaran..semua dapat tapi bagi aku dia paling banyak la.. dan ada abang aku sorang ni dia kurang baik,dia banyak keluar rumah masa malam dan balek pagi dan jarang jumpa ayah aku.. ayah aku marah banyak kali dan pukul.. dia marah dan tarik muka tapi bila ayah aku meninggal,dia menangis dekat mayat ayah aku sebab tak sempat mintak ampun, tak sempat luangkan masa bersama dan banyak kali..aku? hurmm..lagilah menyesal dan pernah sekali waktu aku kecik, aku bertanya dalam hati 'pasepa Allah amek ayah aku awal sangat?orang kata Allah sayang ayah aku lebih, sebab tu dia amek awal jadi dia tak sayang aku ka?pasepa dia tak bagi aku luang masa lebih lagi dengan ayah aku?' Otak aku belum matang sepenuhnya lagi dan aku sudah kehilangan seorang insan bernama ayah..
CERITA KEDUA
Kakak aku pernah cerita dekat aku yang ada abang aku sorang pernah marah sebab apa aku lupa tapi abang aku marah dengan kakak aku sampai tak bercakap dengan dia lama.. tapi selepas seminggu dua camtu kot, akhirnya abang aku naik atas bilik kakak aku dan mintak maaf.. kak aku cakap yang kita dalam dunia ni keluarga penting.. bagai air yang dicincang takkan putus.. marah camna sekalipun, geram camna sekalipun, akhirnya dekat keluarga juga kita nak merujuk, bertanya pendapat.. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.. lebih baik mereka ingatkan kita jangan buat macam ni, jangan buat macam tu sekarang dari kita menyesal lepas ni.. aku pon pernah marah dengan abang aku sorang sebab rotan aku depan cikgu dan mak aku sebab kantoi hisap rokok waktu tingkatan 3 camtu.. aku balek rumah marah dekat dia tak cakap dengan dia..kantoi kali kedua, dia amek kunci motor..aku masuk bilik bengang dan keluar tak cakap dengan dia.. tapi lama-lama aku sedar yang abang-abang aku ni la yang nanti nak tolong aku time susah, banyak belanja aku, buang duit untuk aku.. kalau aku marah lama-lama pon aku yang bodoh..kalau nanti lepa dah pi, aku menangis air mata darah pon tak guna.. sebab tu lah aku berenti merokok.. susah tapi terpaksa juga sebab kalau aku kantoi kali ketiga, aku taktau la apa jadi dekat aku nanti..